everyvillainislemon
Rabu, 7 Disember 2011
Ombak Rindu
terus terang aku katakan aku pasang niat untuk menangis sebelum menonton cerita ini. tapi sebaliknya yang berlaku. aku ketawa. tak perlulah aku terangkan asal-usul filem ni sebab sudah ramai yang tahu apa itu GOOGLE, kan?
bagi aku filem ini punya idea dan cerita yang baik tapi gagal diterjemah dan digarap dengan baik sebagai satu filem. jalan ceritanya nampak begitu tergesa-gesa. semua nak cepat. transformasi watak Aaron Aziz dari seorang yang 'dajal' kepada 'malaikat' juga terlalu pantas. ditambah lagi dengan fade in/out yang MAHA banyak membuatkan aku rasa menyampah. pukimak apakah ini?
dan ada beberapa scene dalam filem ini yang akan membunuh 'feel' kau yang sedang syok melayan. antaranya scene rambut palsu hodoh Lisa Surihani semasa baru sampai di lapangan terbang. kepala bana apakah rambut palsu itu dan kepala bana apakah suara wartawan yang macam itik itu? tak pasal-pasal satu panggung gelak!
realiti itu jauh.... tak tercapai Osman Ali.
macam yang aku cakap tadi, cerita asalnya cantik.... tapi diceritakan dengan hodoh dengan hanya beberapa perkara yang diambil remeh. cukup sedih. tapi kalau kau kaki nangis tegar, mungkin sesuai.
Rabu, 30 November 2011
SYEMPOI
aku sempat bercuti ke Pulau Pinang minggu lepas dengan alasan jadi pengapit kawan aku. tambah pula dengan cuti Awal Muharam, makin seronoklah aku. 4 hari aku tibai. lama jugak tak bercuti. seemua sebab kerja yang melambak dan bersifat pukimak.
bla bla bla.....kawan aku kawin.....aku tak jadi pengapit......bla bla bla.....Jumaat kat Kepala 'Bana' Batas....Sabtu ke Georgetown!
mak aku orang Tanjung Tokong, Pulau Pinang. boleh kata kerap jugalah aku Pulau Pinang sehinggalah Atok aku meninggal dan tak lama lepas tu nenek aku sakit tua. sekarang dia tinggal dengan keluarga aku. kali terakhir aku ke sana, 2 tahun lepas sebab ada saudara aku kahwin (kot, aku tak ingat).
bila sebut Pulau Pinang, orang akan ingat makan. makan apa? sudah mesti nasi kandar. bagi aku nasi kandar dah biasa. banyak tempat yang sedap selain dari nasi kandar Line Clear yang tak sedap tu.
tapi minggu lepas aku telah diketemukan dengan sesuatu yang hebat (bukan nasi kandar). MEE SOTONG HAMEED! memang berhantu mee goreng ni.... kau tengok warna mee ni pon ko tau ini makanan kategori cirit berdarah! memang mee goreng sotong terbaik yang aku pernah makan. tak macam MEE GORENG SOTONG POWER dekat Shah Alam tu. nama je POWER, tapi rasa macam mee goreng pasar malam. PUKI ANGPA!
tu jela aku nak tulis.
nak tau lebih cari sendirila.
GOOGLE tau kan?
puki.

Rabu, 5 Oktober 2011
dari sinar mata
tadi pagi aku bangun lambat.... tak sedar alarm berbunyi. kalau dah lambat mestilah aku bergegas siap untuk ke pejabat. tidak, aku tidak perlu seterika baju kameja. setelah siap terus aku hidupkan enjin kereta tanpa lengah dan memecut. aku cuit poket kiri, "ah, shit! rokok habis!", bisik hati. kedai serbaneka 7 Eleven di stesen minyak Shell menjadi hentian.
sedang aku memerhati jalan untuk masuk ke Shell, ternampak kelibat seorang pakcik menunggang basikal. badannya memikul mesin potong rumput dan beberapa perkakas lain. dia betul-betul berada di tengah-tengah jalan masuk. aku pula sedang mahu masuk. aku tekankan pedal minyak kereta aku dengan harapan pakcik itu akan mengelak kereta aku kerana agak mustahil untuk aku mengelak dia. semakin hampir aku dengan basikal tuanya, makin hampir juga dia dengan aku tanpa mengelak. lantas aku tekan brek. aku tidak marah kerana nampaknya pakcik ini kelihatan bingung. seakan-akan memikirkan sesuatu. setelah dia nampak aku menekan brek, baru dia ketepi. seakan-akan baru nampak kelibat kereta aku walhal aku siap bagi signal masuk.
dia terus mengelak dengan kelam-kabut. apa yang pelik, dia langsung tak tengok muka aku. mata dia seperti mengelak dari bertemu mata aku. aku turunkan tingkap untuk meminta maaf (walaupun bukan salah aku) atas dasar hormat. namun dia tetap mengelak dan bergegas pergi.
aku pelik.
sepanjang perjalanan aku memikirkan hal ini. wajah pakcik itu buat aku bingung. kejadian beberapa saat itu bagai punya cerita yang tersendiri. dari air mukanya aku dapat rasakan dia sangat susah. dengan umurnya itu, aku rasakan dia hanya patut berehat di rumah sambil menikmati teh tarik bersama isteri tercinta. tapi kenapa dia masih memikul mesin potong rumput yang berat itu? kenapa dia termenung panjang sambil membawa basikal? kenapa dia tak pandang langsung muka aku?
mungkin cerita hidupnya sangat susah. sangat susah hingga boleh terjelas di air mukanya.
tabahlah wahai pakcik misteri...

Rabu, 24 Ogos 2011
duit
umur aku sekarang dah 25, sudah ada ijazah kepujian dan ada diploma. malah aku juga telah bekerja secara tetap. untuk setengah orang, ini satu permulaan hidup yang agak sempurna. memang betul, semuanya berjalan lancar. gaji pun boleh tahan, kerja pun boleh-lah tahan. apa lagi tak cukup?
sejak datangnya bulan puasa, mulalah sesi berjumpa rakan-rakan lama yang lama tak ketemu dan juga kutu-kutu yang selalu meneman aku. kalau dah berjumpa, macam-macamlah topik yang keluar. biasalah tu kan? cuma kali ini, aku mula perasan ada satu topik yang sering menjadi bahan bualan.
DUIT
ya, duit duit duit! kalau nak diikutkan, topik duit memanglah selalu kita bebelkan cuma yang membezakannya tahap keseriusan. kali ini hal duit memang serius. siapa tak mau hidup senangkan? buat apa hidup susah kalau boleh hidup senang? LOL. dan macam biasa, setiap kali topik ini dibincangkan aku cuba untuk tidak melibatkan diri. kenapa? kerana bagi aku duit ini boleh datang dan pergi bila-bila masa saja. macam nyawa jugak. betapa kuat kita bersembang, berapa kencang kita mencuba, kalau sudah takdir kata semuanya lesap sekelip mata maka lesaplah semuanya. betul?
konsep aku senang. duit memang penting. tapi tahap mana duit yang aku perlukan tidak sama dengan tahap duit yang seorang Azman perlukan. satu prinsip yang nyata dan sahih adalah, semakin banyak duit yang kau kejar semakin banyak banyak yang kau perlu korbankan. apa yang kau perlu korbankan? masa, keluarga, kawan, dan diri sendiri! dalam konsep kapitalisme, siapa rajin mesti dapat duit banyak. rajin bukan saja dalam konteks fizikal, kau kena rajin mengampu, kena rajin memaki, kena rajin menipu dan macam-macam jenis rajin yang tidak enak. ini jugalah salah satu sebab mengapa bila kamu di dalam 'meeting' duduk bersama 'orang-orang' besar, bila mereka ketawa kamu dapat tahu mereka ketawa tipu atau terpaksa. semua gelak satu fesyen bro! tak percaya? tak percaya sudahlah!
aku cukup dengan apa yang aku ada. memang ada niat untuk aku mintak lebih, tapi aku tak sanggup nak 'membayar' dengan pengorbanan jiwa aku. tinggal apa lagi erti hidup kalau aku hanya jadi boneka yang dimainkan talinya oleh korporat-keparat atas sana?
kenapa kita boleh ketawa bila kita tiada duit?
kenapa kita rungsing bila kita sudah berduit?
p/s: hidup tak ada schedule bro!
Rabu, 10 Ogos 2011
Khamis, 4 Ogos 2011
Jumaat, 29 Julai 2011
Rabu, 27 Julai 2011
Selasa, 26 Julai 2011
Proses Urbanisasi
Urban mempunyai banyak makna. masyarakat bandar boleh dianggap sebagai 'urban'. akan tetapi 'urban' yang ingin saya ketengahkan adalah golongan yang mempunyai kelas tersendiri. mereka sering digelar kelompok remaja 'urban'. mereka yang kaya dengan fesyen dan penuh bergaya. jangan salah sangka, duduk di bandar sahaja tidak bermaksud anda boleh tergolong dalam golongan ini kerana banyak juga mat rempit yang datang dari bandar.
tinggal di kawasan yang rumah sewanya melebihi RM1500 sebulan
ini adalah penting untuk menjadi seorang 'urban' berjaya. pastikan anda pilih tempat tinggal yang sekurang-kurangnya bertaraf 'apartment'. harus kita akui yang orang 'urban' tidak tinggal di rumah flat dan projek perumahan tempatan melainkan tinggal dengan ibu-bapa. jika rumah teres, pastikan kawasan yang ber'pak-guard' supaya nampak selamat dan berkelas. pastikan juga kamu tinggal di kawasan yang 'happening' seperti Bangsar, Damansara, Ampang, Ukay Perdana, Subang Jaya dan sebagainya supaya akses kamu ke tempat lepak 'urban' mudah. jangan pilih tempat seperti Serdang, Sungai Buloh, Kampung Baru dan nama-nama tempat lain yang kedengaran kampung. ingat, lagi mahal lagi 'urban'. lagi dekat dengan tempat lepak 'urban', lagi 'urban'.
jangan beli TOPMAN/TOPSHOP
jika dulu ramai yang kata sesiapa yang memakai produk keluaran TOPMAN/TOPSHOP digelar 'urban', kini tidak lagi. ini semua adalah kerana mat-mat rempit yang cuba menjadi 'urban' telah ramai yang gagal dengan produk keluaran TOPMAN/TOPSHOP. sila cari jenama lain seperti Pull & Bear atau mungkin Uniqlo. mat rempit masih tidak kenal apa itu Uniqlo.
gunakan kata ganti nama 'I, You' dan akhirkan ayat dengan 'Please'
ini adalah fakta. kelompok 'urban' tidak memakai ganti nama 'aku' dan 'kau' untuk membahasakan diri (lebih tertumpu kepada golongan wanita 'urban'). mereka lebih selesa dengan ganti nama 'I' dan 'You'. dan paling terkini adalah trend menghabiskan ayat dengan perkataan 'Please'. contoh ayat; "I nak sangat baju Forever tu please" atau "Comel gila budak tu please".
gunakan Facebook dan Twitter untuk merungut dan mendengus
laman sosial dan kelompok 'urban' memang tidak dapat dipisahkan. laman sosial sangat penting sebagai medium komunikasi. pastikan anda banyak merungut tentang benda-benda yang memualkan anda atau membuat anda 'stress'. sebagai contoh; Susah gila paper exam ni please!! Pffftt! i need my bf now.
gunakan 'profile picture' yang berseni
ini juga salah satu tips yang penting untuk menjadi 'urban'. jangan letak gambar profil anda di laman sosial yang menunjukkan anda terlalu 'Myspace', terlalu 'Friendster' dan juga terlalu mat belia. gunakan gambar yang dianggap seni moden tanpa menunjukkan keseluruhan rupa anda. sedikit misteri mungkin membantu. jika anda ada gambar dengan botol arak lebih bagus. pastikan jenama arak yang terkenal. jangan bergambar dengan botol arak Cap Kapak.
kenal artis/ahli-ahli band/DJ yang terkenal
laman sosial memang membuka ruang terbaik untuk menjadi seorang 'urban'. anda boleh 'add' seberapa banyak kawan yang anda suka. gunakan peluang ini dengan baik. sila lihat senarai nama-nama artis di bawah sebagai rujukan:
- DJ Fuzz
- Joe Flizzow
- Noh Hujan
- Misz Nina
- Aaron Aziz
- Mahathir
- Hunny Madu
- Rihanna
- Jay-Z
selepas sudah 'add' atau 'like' mereka, pastikan anda hantar mesej ke wall mereka. pastikan ayat mesej anda itu 'cool'. sebagai contoh untuk artis luar negara; Hey, you're awesome. Keep it up. untuk artis tempatan pula ayatnya begini; Hey ***, u guys main kan kat Laundry Khamis ni?. Habiskan ayat di situ saja. cuba elak dari menulis mesej yang nampak terlalu suka atau terlalu sombong.
tips untuk golongan perempuan pula, gunakan aset kamu dengan terbaik. jika kamu cantik, tidak ada masalah bagi kamu untuk menjadi rakan kepada golongan artis lelaki. jika kamu tidak cantik, cubalah sedaya mungkin. ingat ya, kelemahan lelaki adalah perempuan. percayalah, kamu boleh dapat nombor telefon atau BBM Pin dengan mudah sekali.
setakat ini sahaja tips untuk kali ini. saya doakan kejayaan anda.
selamat mencuba!
Langgan:
Catatan (Atom)